Geng Kartel Azmin
Geng Kartel Azmin

Geng Kartel Azmin

Kartel Azmin Ali atau dikenali sebagai Geng Kartel Azmin, Geng Kartel dan Kartel merupakan gelaran bagi kumpulan ahli politik (sebahagian besar dalam kumpulan ini merupakan ahli wakil rakyat) yang menyokong dan sekutu kepada ahli politik Malaysia, Mohamed Azmin Ali. Gelaran ini mula digunakan semasa pencalonan Azmin dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2018 bagi mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden menentang pencabarnya, Rafizi Ramli.[1]Gelaran ini terus digunakan dalam kalangan ahli parti tersebut untuk tahun-tahun berikutnya. Sebilangan ahli daripada kumpulan ini turut mengikut langkah Azmin yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semasa peristiwa kemelut politik Malaysia 2020.[2][3]